• Organizations | Community | Activities

    Misteri Pocong Dan Kubur Berlubang


    Pada 30 Januari 2011, bertempat di kampung Kota, Astana Raja N.Sembilan, saya EYDA official crew VAMP telah menjalankan kajian tentang cerita yg saya sendiri dengar dari mulut ke mulut di kampung saya Pedas, N.Sembilan, dikata ada penampakkan "POCONG" disekitar Rembau, penampakkan "POCONG" ini terjadi disebabkan oleh kematian seorang mak andam dipekan Rembau, dikatakan memakai "SUSUK", arwah tidak diterima bumi, dan kubur arwah BERLUBANG.. Saya telah pergi berjumpa dgn saudara yg tinggal bersebelahan rumah arwah, mengikut kata saudara arwah, mereka pun sekadar dengar cerita, dan mereka pun tidak pernah diganggu, cuma anak dan suami arwah tidak berani tinggal dirumah tersebut lagi, suami arwah dikatakan pernah ternampak arwah didapur, anak ke2 arwah pula dikatakan ternampak arwah berada di anjung surau lama bersebelahan rumah mereka.. Pada 31 Januari 2011 jam 4.30ptg-6ptg saya mencari kubur arwah yg terletak dikawasan Tanah Perkuburan Padang Lekuk, N.Sembilan. Saya sampai ditanah perkuburan ketika itu mencari2 kubur arwah yang dikatakan berlubang itu, kebetulan pula ada sebuah kubur yg baru sahaja digali kerana ada seorang hamba ALLAH baru sahaja meninggal dunia.. saya menunggu kira2 setengah jam kerana penggali kubur pergi makan, sementara menunggu jenazah sampai. Sesampainya penggali kubur tersebut yg dikenali sebagai Pak Yaa, beliau menunjukkn kubur arwah yg tidak bertanda, masih merah tanah kuburnya.. Setelah melihat sendiri dan tidak mendengar hanya kata2 orang sekeliling, saya berpuas hati kerana saya berjaya mengekang kepercayaan khurafat tentang "HANTU" dari pandangan orang melayu kita.. KESIMPULANNYA, kubur arwah TIDAK BERLUBANG seperti yg diceritakan orang sekeliling, arwah meninggal dunia kerana sakit buah pinggang, penampakkan "POCONG" pula adalah kerja budak kampung yg berniat menakut2kan dan menyamun penduduk kampung yg pengsan. Jangan la kita mengaibkan orang yg telah tiada sesungguhnya ALLAH S.W.T maha mengetahui, SUBHANALLAH

    Siti Nurjihada ( Eyda )

    0 comments:

    Followers

     

    Meet The Author

    Soon

    Visitor