• Organizations | Community | Activities

    ABOUT

    Visual Activities Malaysian Paranormal, dikenali sebagai VAMP Malaysia telah ditubuhkan pada awal tahun 2006 di bawah naungan Visual Activities Malaysian People yang di asaskan oleh pengasasnya iaitu Encik Mohd Nasir Bin Mohd Ruhane. Kumpulan ini mempunyai seorang Ketua kumpulan bernama Encik Rahmat Mokhtar selaku ketua kumpulan penyiasat bagi kawasan negeri selangor dan beliau pula telah berhikmat di dalam kumpulan VAMP Malaysia selama tiga tahun pada awal tahun 2008 hingga ke akhir tahun 2010. Dan pada awal tahun 2011, Rahmat Mokhtar telah mengundurkan dirinya dari kumpulan VAMP Malaysia pada awal tahun 2011 atas sebab-sebab peribadinya. VAMP Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau di atas usaha dan kerjasama beliau di dalam kumpulan VAMP Malaysia, usaha beliau amat dihargai oleh ahli-ahli kumpulannya. Dan pada awal tahun 2011 pula, VAMP Malaysia telah melantik semula ketua kumpulan yang baru, yang dikenali sebagai Encik Mohd Adam Gabriel (Aril), beliau telah dilantik sepenuhnya sebagai ketua kumpulan VAMP Malaysia untuk mengetuai setiap ketua angota kumpulan bagi setiap negeri-negeri di seluruh Malaysia. Kini Visual Activities Malaysian Paranormal atau pun dikenali sebagai VAMP Malaysia telah mengerakan semula dan mengembangkan lagi kumpulan VAMP Malaysia ke seluruh negara. Kepada mereka yang berminat menyertai VAMP Malaysia tidak kira dimana sahaja, Sabah dan Sarawak mahu pun seluruh dunia, kami di VAMP Malaysia berharap kepada semua rakyat Malaysia dapat memperjuangkan matlamat VAMP Malaysia bersama-sama. Di kesempatan ini juga VAMP Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majalah BICARA, INFINITITV3, BERITA HARIAN dan semua warga Media Cetak yang selama ini memberi Support kepada kumpulan kami, Terima Kasih kami ucapkan, dan tidak lupa juga pada golongan anak-anak muda mahu pun dewasa, kami di sini juga ingin mengajak anda semua untuk menyertai VAMP Malaysia dalam bidang PARANORMAL, Semoga VAMP Malaysia dapat menjadi tempat untuk berkongsi CERITA, PENGALAMAN dan ILMU yang BERGUNA untuk semua, Terima Kasih kami Ucapkan.
     

    Followers

     

    Meet The Author

    Soon

    Visitor