• Organizations | Community | Activities

    About The Group

    Sejarah Penubuhan Kumpulan:
    Kumpulan ini telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 2006. Ianya di asaskan oleh Encik Mohd Nasir Bin Mohd Ruhane selaku penggurusi dan ketua kumpulan penubuhan ini. Bermula dengan kumpulan yang kecil terdiri daripada 7 orang di bawah bingbingan ketuanya pada tahun 2007. Seterusnya kumpulan ini telah membesarkan lagi penjelajahannya ke serata negeri untuk memberi peluang kepada lapisan golonggan masyarakat untuk mengenali kumpulan ini dan berkongsi misi dan maklumat dalam bidang paranormal sebagai penyiasat. Di dalam kumpulan ini, keahliannya terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai minat dalam bidang penyiasatan dan kajian. Pada Peringkat awal penubuhannya, kumpulan ini menghadapi pelbagai masalah dan pada tahun 2012 ianya kembali aktif di sekitar negeri Selangor dan Johor dimana ianya hanya aktif dikalangan ahli di sekitar negeri tersebut. Kini, kumpulan ini boleh berbangga kerana ianya telah dapat diaktifkan kembali dan ahlinya semakin meningkat.

    Tujuan Penubuhan
    1. Untuk menjaga dan meningkatkan nama baik dan kepentingan profesion sebagai Penyiasat dan Pengkaji.

    2. Mempertahankan dan meninggikan taraf dan etika profesion sebagai Penyiasat dan Pengkaji.

    3. Untuk menggalakkan dan mengembangkan ilmu dan maklumat.

    4. Memupuk hubungan professional dalaman dikalangan ahli.

    5. Berhubung dan bekerjasama dengan mana-mana organisasi demi kemajuan profesion sebagai Penyiasat dan Pengkaji.

    6. Menjadi wadah untuk ahli menyatakan pendapat dan pandangan dalam perkara yang menyentuh profesion penyiasatan dan kajian.

    0 comments:

    Followers

     

    Meet The Author

    Soon

    Visitor