Tahukah anda pada ibu jari anda ada tanda Kekuasaan Allah? Ini antara satu tajuk yang penting bagi kita ketahui. Barangkali ramai dah tahu sebenarnya. Lebih-lebih lagi semalam dalam Kosmo Online ada artikel tentang cap jari penentu potensi diri."Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (3) Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tetapi Allah SWT mampu mengembalikan semula bentuk garisan yang ada pada ibu jari (si mati)". (4) (Surah al-Qiyaamah [75] : 3 - 4 )
"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (53) .....Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu". (54)-( surah Fussilat [ 41 ] : 53 - 54)
Ini adalah sebahagian petikan daripada artikel dalam Kosmo! Online tersebut:
"SELAMA ini memang ada kawan-kawan yang memuji esei-esei yang saya tulis. Mereka kata penulisan saya kreatif. Tapi, saya tidak tahu pula yang ia memang bakat yang ada dalam diri saya," kata Nor Azliza Ahmad Zaini, 27, yang merupakan pentadbir perakaunan di sebuah firma guaman. Gadis berkaca mata itu merupakan graduan diploma Sains.
"Kini, saya yakin dengan bakat itu dan berusaha untuk membangunkannya. Teruja sekali rasanya untuk menulis sebuah novel. Sudah lama saya berkeinginan melakukannya," ujar Nor Azliza ceria kepada Kosmo! saat ditemui di pejabat Airborne Discovery (AD), syarikat penganalisa bakat dan potensi diri menerusi cap jari di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Nor Azliza merupakan salah seorang pelanggan yang mendapatkan khidmat mengesan bakat diri di syarikat itu.
Cerita Nor Azliza melalui analisis cap jarinya, dia diberitahu dirinya lebih banyak menggunakan otak sebelah kanan yang membawa potensi kreatif berbanding otak sebelah kiri yang membawa kecenderungan logik, sains dan matematik.

"Hasil ujian cap jari itu agak mengejutkan kerana selama ini saya fikir saya lebih ke arah sains, tetapi saya rasa tidak mustahil sebab saya juga sedar yang saya boleh menulis sebelum ini. Cuma ia tidak dikembangkan kerana saya rasa ia mungkin kebolehan yang biasa-biasa sahaja.
"Memandangkan ia ada kaitan dengan unsur genetik mungkin saya peroleh sifat kreatif daripada ibu yang berbakat menggubah bunga," katanya.

Ujian cap jari yang dilakukan AD ialah satu analisis saintifik mengungkap kecenderungan genetik seseorang dengan mengukur biometrik menerusi cap jari. Ia merupakan kaedah terkini dalam mengenal pasti bakat, potensi dan perwatakan seseorang individu.






0 comments:
Post a Comment