• Organizations | Community | Activities

    Lohong hitam besar di pusat galaksi Bima Sakti melahap asteroid-asteroid


    Suar sinar-X misteri yang diambil oleh Teleskop Chandra mungkin juga merupakan asteroid yang jatuh ke lohong hitam gergasi di pusat galaksi Bima Sakti. Kredit : X-ray NASA/CXC/MIT/F.Baganoff et al.

    Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, Teleskop Chandra telah mengesan suar sinar- X yang terjadi kira-kira sekali sehari dari sebuah lohong hitam besar di pusat galaksi Bima Sakti. Suar ini berlangsung untuk beberapa jam dengan kecerahan antara beberapa kali hingga seratus kali daripada output tetap sebuah lohong hitam. Apakah yang menyebabkan suar yang luarbiasa dan misteri ini? Saintis telah mendapati sebuah lohong hitam sedang makan dengan lahapnya asteroid-asteroid yang datang terlalu dekat dengannya dan mengewapkan mereka, lalu membentuk suar.

    Sekiranya disahkan, ini bermakna disana terdapat awan yang sangat besar dan sibuk di sekitar lohong hitam yang mengandungi beratus trillion asteroid-asteroid dan komet-komet. “Orang ramai mempunyai keraguan mengenai samada asteroid boleh terbentuk di dalam persekitaran yang teruk berdekatan lohong hitam yang besar,” kata Kastytis Zubovas dari Universiti Of Leicester di United Kingdom. “Ia adalah sangat mengujakan kerana kajian kami mencadangkan bahawa sejumlah besar dari mereka diperlukan untuk menghasilkan suar ini.”

    Para saintis berkata kira-kira setiap tiga hari sebuah komet dimusnahkan apabila ia terbang ke dalam atmosfera panas Matahari. Walaupun terdapat perbezaan yang ketara antara dua persekitaran, kadar kemusnahan komet dan asteroid-asteroid oleh Matahari dan lohong hitam di pusat galaksi Bima Sakti, yang dipanggil Sagittarius A* atau singkatannya “Sgr A*”, mungkin sama.

    Asteroid-asteroid dan komet ini mungkin telah dikoyakkan dari bintang-bintang induk mereka, dan menghasilkan suar asteroid atau komet yang agak besar, sekurang-kurangnya 19 kilometer lebar.

    Ahli astronomi mencadangkan senario ini : Asteroid mengalami satu pertemuan yang rapat dengan objek lain, seperti bintang atau planet, dan dicampakkan ke dalam orbit menuju ke Sgr A*. Sekiranya asteroid melalui dalam jarak kira-kira 160 juta kilometer dari lohong hitam, secara kasarnya adalah jarak antara Bumi dan Matahari, ia akan dikoyakkan menjadi kepingan-kepingan oleh kuasa pasang surut dari lohong hitam. Serpihan-serpihan ini kemudiannya akan menjadi wap disebabkan geseran ketika mereka melalui gas panas dan nipis yang mengalir ke Sgr A*, sama seperti sebuah meteor yang memanas dan bercahaya ketika ianya memasuki atmosfera Bumi. Suar akan dihasilkan dan asteroid yang tinggal akhirnya akan ditelan oleh lohong hitam.

    “Orbit sebuah asteroid akan berubah sekiranya ia terlalu dekat dengan bintang atau planet berdekatan Sgr A*,” kata Sergei Nayakshin dari Universiti Of Leicester. “Jika ia dicampakkan ke arah lohong hitam ia akan musnah.”

    Pasukan itu berkata keputusan itu adalah agak munasabah dengan model-model yang menganggarkan berapa banyak asteroid yang mungkin terjadi di rantau ini, dengan andaian bilangan bintang-bintang berdekatan Bumi adalah sama dengan bilangan bintang –bintang di sekeliling pusat galaksi Bima Sakti.

    “Secara realitinya, kami dapat menyelesaikan yang beberapa trillion asteroid telah dikeluarkan oleh lohong hitam sepanjang 10 billion tahun hayat sesebuah galaksi,” kata Sera markoff dari University Of Amsterdam di Netherlands. “ Hanya sebahagian kecil dari jumlah keseluruhan yang telah digunakan, jadi bekalan asteroid hampir tidak akan habis.”

    Walaubagaimanapun, senario ini tidak akan terhad kepada asteroid dan komet. Planet yang dilemparkan ke orbit yang terlalu dekat dengan Sgr A* juga boleh terganggu oleh kuasa pasang surut, walaupun planet-planet di rantau ini kurang biasa. Dan sudah tentu, jika sebuah planet itu dimakan, ia akan mewujudkan suar yang lebih besar. Ini mungkin telah berlaku kira-kira satu abad yang lalu iaitu ketika Sgr A* bercahaya dengan nisbah kira-kira satu juta kali ganda. Chandra dan misi sinar-X yang lain juga telah melihat bukti “cahaya echo’ sinar-X memantul awan berdekatan, dan menyediakan ukuran kecerahan dan masa bagi suar.

    Pemerhatian yang sangat panjang terhadap Sgr A* akan dibuat oleh Chandra pada tahun 2012 yang akan memberikan maklumat terbaru dan berharga mengenai kekerapan dan kecerahan suar-suar dan akan membantu untuk menguji model yang dicadangkan untuk menjelaskan mereka. Pasukan itu berkata, kajian ini akan dapat meningkatkan pemahaman mengenai pembentukkan asteroid dan planet-planet di dalam persekitaran yang sukar di Sgr A*.

    -Rahayati Binti Ali-

    0 comments:

    Followers

     

    Meet The Author

    Soon

    Visitor