• Organizations | Community | Activities

    Radar Mars Express beri bukti kukuh pernah wujud lautan di Marikh


    Keputusan terbaru dari radar MARSIS di Mars Express memberikan bukti kukuh mengenai kewujudan bekas lautan di Marikh. Radar itu mengesan mendapan lama satu dasar laut di dalam sempadan yang dikenalpasti sebelum ini, iaitu pesisir pantai kuno pada Marikh. Lautan itu meliputi dataran utara berbillion tahun yang lalu. Kredit: ESA, C. Carreau.

    Mars Express milik ESA telah kembali dengan bukti kukuh mengenai lautan yang pernah meliputi sebahagian permukaan Marikh. Dengan menggunakan radar, ia telah mengesan mendapan lama satu dasar laut di dalam sempadan yang dikenalpasti sebelum ini, iaitu pesisir pantai kuno pada Marikh.

    Radar MARSIS telah dihantar pada tahun 2005, dan telah mula mengumpul data sejak itu. Jeremie Mouginot di Institut de Planetologie et d'Astrophysique de Grenoble (IPAG) dan University of California, serta rakan- rakannya telah menganalisis data yang diperolehi lebih dari dua tahun dan mendapati yang dataran utara diliputi dengan bahan berketumpatan rendah.

    “Kami mentafsirkan yang deposit mendapan ini mungkin kaya dengan ais,” kata Dr. Mouginot. Ia petunjuk baru yang kukuh iaitu lautan pernah wujud sekali di sini.” Kewujudan lautan pada planet Marikh purba telah disyaki sebelum ini dan ciri - ciri garisan persisir pantai buat sementara waktu telah kenalpasti di dalam imej-imej daripada pelbagai kapal angkasa. Tetapi ia masih menjadi isu yang kontroversi.

    Dua lautan telah dicadangkan : 4 billion tahun yang lalu, iaitu ketika keadaan panas wujud, dan juga 3 billion tahun yang lalu apabila subpermukaan mencair berikutan hentaman yang besar, mewujudkan saluran – saluran air yang mengalirkan air ke kawasan berparas rendah.

    “MARSIS menembusi ke dalam tanah, dan mendedahkan 60-80 meter pertama subpermukaan planet itu,” kata Wlodek Kofman, ketua kumpulan pasukan radar di IPAG. “Sepanjang kedalaman itu, kami melihat bukti untuk bahan mendapan dan ais.”

    Mendapan yang didedahkan oleh MARSIS adalah kawasan dengan pemantulan radar yang rendah. Mendapan sedemikian adalah merupakan sejenis bahan-bahan berbutir dengan kepadatan rendah yang telah terhakis disebabkan oleh air dan kemudiannya dibawa ke destinasi terakhir mereka.

    Walaubagaimanapun, lautan ini terjadi untuk tempoh sementara sahaja. Dalam tempoh satu juta tahun atau kurang, Dr. Mouginot menganggarkan yang air itu samada akan dibekukan semula dan dipelihara di bawah tanah sekali lagi , atau ditukarkan kepada wap dan diangkat perlahan-lahan ke dalam atmosfera.

    “Saya tidak fikir yang ia mungkin boleh kekal sebagai lautan dan cukup lama untuk kehidupan terbentuk.” Di dalam proses untuk mencari kehidupan, ahli astrobiologi perlu melihat jauh ke dalam sejarah planet Marikh iaitu ketika cecair wujud untuk tempoh yang lama.

    Walaubagaimanapun, kajian ini menyediakan beberapa bukti terbaik yang di sana pernah terdapat jasad- jasad besar cecair di Marikh dan bukti tambahan mengenai peranan cecair di dalam sejarah geologi Marikh.

    “Keputusan mengenai kewujudan air di Marikh oleh Mars Express sebelum ini datangnya dari kajian yang dilakukan pada imej-imej dan data mineralogi, ditambah dengan pengukuran atmosfera. Sekarang kita mempunyai pandangan dari radar subpermukaan,” kata Olivier Witasse, saintis Projek Mars Express. “Ini menambah cebisan maklumat baru untuk diteka tetapi persoalannya masih kekal: kemana kesemua air itu pergi?”

    Mars Express akan meneruskan siasatannya.

    -Rahayati Binti Ali-


    0 comments:

    Followers

     

    Meet The Author

    Soon

    Visitor