• Organizations | Community | Activities

    Berdemonstrasi Apa Hukumnya



    APA HUKUMNYA.
    Dr. Yusuf al-Qardawi mendapat soalan tentang demonstrasi dari seorang pembaca memohon pendapat dari beliau berkenaan keharusan mengatur demonstrasi di dalam hukum Islam untuk menunjukkan bantahan terhadap suatu masalah dalam urusan pemerintahan atau ekonomi sebagai contoh.

    Maka mengadakannya adalah haram sebagaimana diperkatakan oleh ulama kerana ia merupakan bidaah (perkara yang diada-adakan sedangkan ia tidak dibenarkan) yang ditolak dalam Islam. Sebagaimana diperkatakan oleh individu yang bertanya: apakah pendapat anda al-fadil (Dr. Yusuf al-Qardawi) tentang pendapat yang diberikan oleh ulama tersebut yang menyebut tiada pensyariatan demonstrasi dan tunjuk perasaan, yang menyokong tuntutan syariat atau membantah sesuatu di dalam pemerintahan atau ekonomi, hubungan diplomatik dan lain-lain.


    Dr. Yusuf al-Qardawi berkata: bahawa mengatur demonstrasi, menyeru orang ramai kepadanya dan turut serta adalah haram. Dalilnya, sesungguhnya ia merupakan bid’ah yang tidak diketahui oleh orang-orang Islam. Ia bukan satu cara yang dilakukan orang-orang Islam tetapi ia diaplikasi dari negara Yahudi, Nasrani, Komunis, orang-orang bukan Islam, ethis dan lain-lain.


    Dr. Yusuf al-Qardawi mencabar supaya mendatangkan satu peristiwa demonstrasi pada zaman Rasulullah saw dan para Sahabat ra. Jika demonstrasi itu bertujuan mahu berhujah dengan pemerintah, maka ia terpesong dari ajaran Islam dalam memberi nasihat kepada pemerintah. Dan yang sebaiknya; lebih baik nasihat itu di antara pemberi nasihat dan pemerintah, bukan secara menentang terhadap pemerintah.
    Diterjemahkan dari: Fatwa dan hukum oleh Dr. Yusuf al-Qardawi

    0 comments:

    Followers

     

    Meet The Author

    Soon

    Visitor