• Organizations | Community | Activities

    Super - Bumi mengorbit bintang sejuk dalam zon boleh didiami


    Planet super-Bumi iaitu GJ667C yang baru ditemui adalah merupakan sebahagian dari sistem bintang tetiga.

    Sebuah planet yang bersaiz kira-kira 4.5 kali saiz Bumi telah ditemui berada di dalam zon boleh didiami dan mengorbit bintang berdekatannya, yang mana ia sendiri merupakan ahli kepada sistem bintang tetiga.

    Planet yang mengambil masa 28 hari untuk mengelilingi bintang induknya itu mempunyai sekurang-kurangnya satu teman super-Bumi yang mengorbit satu orbit yang lebih rapat hanya dalam masa 7.2 hari. Pasukan ahli astronomi antarabangsa menggunakan teleskop-teleskop yang berpengkalan di bumi untuk membuat penemuan, dan juga menemui bukti untuk planet gergasi gas dan satu lagi super-Bumi di dalam sistem yang serupa, tetapi pemerhatian lanjut diperlukan untuk mengesahkan data.

    Planet-planet itu mengorbit sebutir bintang kerdil kelas-M iaitu GJ667C pada jarak 22 tahun cahaya dari Bumi. Dua lagi bintang di dalam sistem bintang tetiga itu adalah merupakan bintang kerdil Kelas –K berwarna oren. Bintang – bintang ini mempunyai hanya satu pereempat daripada unsur-unsur berat yang dimiliki Matahari kita, dan menghabiskan beberapa bahan-bahan yang kaya dengan logam bagi tujuan pembinaan planet.

    “Adalah dijangkakan cukup mustahil untuk ia menjadi sebuah bintang perumah bagi plane-planet,” kata Stevent Vogt dari University Of California di Santa Cruz. “Namun ada antara mereka yang terletak berdekatan, contohnya logam ringan yang paling biasa ditemui pada bintang di dalam galaksi kita. Pengesanan planet ini, dalam tempoh terdekat dan pada masa akan datang, membayangkan bahawa galaksi kita dipenuhi dengan berbillion-billion planet berbatu yang berpotensi untuk didiami.

    Super-Bumi ini difikirkan menyerap sejumlah tenaga yang sama dari bintang induknya seperti yang dilakukan Bumi terhadap Matahari, walaupun dalam bentuk sinaran inframerah. Mengorbit di dalam zon boleh didiami, dimana suhunya adalah tidak terlalu panas dan terlalu dingin untuk cecair wujud pada permukaan planet, GJ667Cc mungkin calon terbaik untuk menyokong cecair.

    Pasukan itu menggunakan data awam dari Balaicerap Eropah Selatan dengan gabungan peralatan pengukuran baru iaitu Spektrograf Echelle Beresolusi Tinggi di Balaicerap Keck dan Spektrograf Pencari Planet Carnegie pada Teleskop Magellan II untuk mengesan gegaran kecil di dalam pergerakkan bintang yang disebabkan oleh tarikan graviti planet.

    -Rahayati Binti Ali-

    0 comments:

    Followers

     

    Meet The Author

    Soon

    Visitor